Tuesday, March 4, 2008

mesti miliki buku ini


Judul : Zapin Melayu Di Nusantara
Editor : Mohd Anis Md Nor
Penerbit : Yayasan Warisan Johor
Genre : Puisi Tradisional
Mukasurat : 301 halaman
Cetakan Pertama : 2000ISBN : 983993287x

Dari berbagai-bagai pelosok dunia Melayu dalam linkungan lautan dan kepulauan di Selat Melaka, Selat Karimata, Selat Makassar, Laut Cina Selatan, Laut Sulu, Laut Sulawesi dan Laut Jawa, telah dikumpulkan sejumlah dua puluh satu buah makalah mengenai Zapin dan seni yang berkaitan dengannya di dalam sebuah penerbitan yang digelar sebagai Zapin Melayu di Nusantara.

Kesemua karangan yang dimuatkan ke dalam naskah ini pada amnya membicarakan kesenian Zapin Melayu dari empat sudut pendekatan yakni dari sudut imej dan identiti, unsur falsafah di dalam kesenian Zapin, ulasan dari sudut struktur persembahan dan mengenai diaspora Zapin Melayu di Nusantara. Setiap karangan yang telah dihasilkan oleh pakar-pakar tari, muzik, sejarah, sastera, falsafah dan sahsiah kesenian Zapin Melayu merupakan kupasan dan nukilan yang cukup bermakna bagi peminat dan pengemar Zapin Melayu di Nusantara pada amnya dan di Negeri Johor Darul Takzim pada khususnya. Penulisan-penulisan tersebut bukan sahaja cuba mendedahkan rahsia dan cerita mengenai Zapin Melayu secara etnografik, saintifik dan holistik, tetapi lebih jauh dari itu, ianya juga merupakan usaha penceritaan yang bersifat emic dan etnosentrik.
Pada umumnya makalah-makalah tersebut memperakui bahawa kesenian Zapin Melayu di Nusantara telah dicipta oleh genius-genius Melayu melalui arus dan deruan pengaruh dari luar dunia Melayu tetapi telah berbaur dan bersebati sebagai kesenian sinkretik Arab-Melayu-Islam.

2 comments:

Unknown said...

salam..macam mana nk dptkn buku ni.. sy dah lama cari tp xjumpa2 pon.. sy sngt perlukan buku ni utk kerja khusus yg perlu sy buat.. dekat mana cik beli buku ni?

Unknown said...

Nurul Safira: Kamu buat kerja kursus untuk tingkatan Enam ke? Sy pun tengah buat kajian tentang zapin juga. Buku tu ade dekat Perpustakaan kuala Lumpur. Boleh pinjam disana takpun fotokopi je