Tuesday, March 18, 2008

Hubungan Agama dan Seni

Agama berfungsi mewujudkan kesenangan rohani demi mencapai kesejahteraan di duni dan di akhirat. kesenian memberi kesenangan dan kesejahteraan kepada manusia di dunia.
Kesenian boleh didefinisikan sebagai usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan. Manakala objek kesenian ialah karya yang menimbulkan perasaan senang dan tenang pada diri seseorang . Karya pula adalah ciptaan yang berupa suara, bahasa, rupa benda dan lain-lain


konsep seni:

Ø Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan.

Ø Al-Ghazali mengatakan seni adalah kerja berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrah.

pandangan islam terhadap kesenian;

Islam diturunkan untuk memenuhi fitrah dan keperluan asas manusia.

Jiwa manusia mengandungi 6 elemen iaitu rasa agama, rasa intelek, rasa etika, rasa estetika, rasa sosial dan rasa diri.

Dalam kehidupan seharian manusia tidak terlepas daripada mencari dan memilih sesuatu yang indah baik dalam berpakaian, menghias diri, rumah, memilih benda dan lain-lain.

Ajaran Islam meliputi hubungan manusia dengan Allah (hablun min Allah) (ibadat) dan hubungan manusia sesama manusia (Hablun min al-Nas) (kebudayaan).

Dalam ibadat kesenian tidak diperlukan kerana yang diperlukan dari seorang hamba terhadap Tuhannya adalah taqwa.


jenis kesenian dalam islam

Bahasa dan Kesusasteraan

Puisi, cerpen, sajak, novel, lirik lagu, pantun, gurindam dan lain-lain.

Seni suara

Azan, taranum al-Quran, seni lagu, nasyid, qasidah, berzanji dan lain-lain

Kaligrafi

Seperti tulisan khat, dan lain-lain.

Ukiran

Ukiran serami, ayat-ayat al-Quran pada kayu dan batu, dan lain-lain material seni.

Sulaman

- Sulaman dan tenunan yang tertera di kain, sejadah, permaidani, sutera dan lain-lain.

No comments: