Tuesday, March 18, 2008
sinopsis cerpen engsera
’Engsera’
Oleh:Jong Chian Lai
Cerpen ini mengisahkan satu peristiwa yang berlaku di borneo yang berpunca daripada harta warisan yang telah dicuri dan dibawa pulang oleh penjajah. Justeru warisnya telah mencari kotak peninggalan itu dan membawanya pulang.
Raymond telah pergi ke muzium
Raymond membaca novel itu untuk mengetahui mengenai bangsanya. Novel itu telah membawa Raymond ke sebuah pondok usang yang penuh dengan kerahsiaanya. Dia telah bertanya kepada paderi muda itu mengenai pondik itu. Paderi itu hanya tersenyum. Dia mahu melangkah pergi tetapi dihalang oleh paderi.
Paderi memberitahu Raymond bahawa dia barangkali merupakan orang yang keseratus. Dia langsung ke bilik yang sudah usang itu. Bunyian muzik ketimuran akan kedengaran kira-kira pukul dua belas malam tetapi tidak dapat dipastikan dari mana ia muncul. misteri itu menjadi tanda tanya.
Ramai yang telah datang ke pondok usang itu, kononnya waris Mem. Namun semuanya keluar dari pondok itu dengan tangan kosong. Raymond tidak mempunyai petunjuk, tetapi nalurinya membawanya dari kepulauan itu, penuh tekad untuk mencari khazanah itu.
Raymond telah berjaya menjumpai kotak kahzanah itu. Kotak itu telah dibawanya pulang ke Borneo. Keinginan Raymond ini berpunca daripada anaknya Jesseca yang terbaca diari mendiang isterinya dan memintanya mencari khazanah peninggalan moyangnya itu.
Kotak khazanah itu dibawa pulang menaiki kapal. Dia ingin merasai peristiwa yang dialami oleh Mem. Dia duduk di buritan kapal sehingga sampai di Singapura dia telah bangun dari kerusi malas itu kerana tidak mahu menjadi seperti Mem yang karam dengan kapalnya.
Sampai di kampungnya dia telah menunjukkan kotak khazanah itu kepada Tuai rumah. Tuai rumah melihat dan mendapati pedang di dalam kotak khazanah itu bukan milik Rentap. Raymond telah mencelarukan tesis yang pernah dikemukakan mendiang isterinya tentang Rentap.
Di dalam kotak itu juga terdapat batu azimat. Batu itu mempunyai banyak kuasa ajaib. Pedang yang dikatakan bukan milik Rentap itu kemudiannya telah diketahui oleh orang Tembok Besar. Mereka ingin menukarkan pedang itu dengan ilang kepunyaan Rentap yang sebenar.
Pada mulanya Raymond tidak menyakininya. Tetapi semasa memegang hulu pedang itu terasa aura Rentap melalui pedang itu mengalir ke dalam tubuhnya. Ketika itu juga masuk seorang pekerja yang menjaga muzium memberitahu kotak khazanah itu telah dicuri.
Raymond amat mengenali siapa yang mencuri kotak khazanah itu. Peristiwa kecurian itu telah membongkar peristiwa yang selama ini tidak diketahui oleh penduduk di rumah panjang itu.
Hubungan Agama dan Seni
Kesenian boleh didefinisikan sebagai usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan. Manakala objek kesenian ialah karya yang menimbulkan perasaan senang dan tenang pada diri seseorang . Karya pula adalah ciptaan yang berupa suara, bahasa, rupa benda dan lain-lain
konsep seni:
Ø Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan.
Ø Al-Ghazali mengatakan seni adalah kerja berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrah.
pandangan islam terhadap kesenian;Islam diturunkan untuk memenuhi fitrah dan keperluan asas manusia.
Jiwa manusia mengandungi 6 elemen iaitu rasa agama, rasa intelek, rasa etika, rasa estetika, rasa sosial dan rasa diri.
Dalam kehidupan seharian manusia tidak terlepas daripada mencari dan memilih sesuatu yang indah baik dalam berpakaian, menghias diri, rumah, memilih benda dan lain-lain.
Ajaran Islam meliputi hubungan manusia dengan Allah (hablun min Allah) (ibadat) dan hubungan manusia sesama manusia (Hablun min al-Nas) (kebudayaan).
Dalam ibadat kesenian tidak diperlukan kerana yang diperlukan dari seorang hamba terhadap Tuhannya adalah taqwa.
Bahasa dan Kesusasteraan
– Puisi, cerpen, sajak, novel, lirik lagu, pantun, gurindam dan lain-lain.
Seni suara
Azan, taranum al-Quran, seni lagu, nasyid, qasidah, berzanji dan lain-lain
Kaligrafi
– Seperti tulisan khat, dan lain-lain.
Ukiran
– Ukiran serami, ayat-ayat al-Quran pada kayu dan batu, dan lain-lain material seni.
Sulaman
- Sulaman dan tenunan yang tertera di kain, sejadah, permaidani, sutera dan lain-lain.
pakaian melayu
Pakaian merupakan salah satu keperluan asas manusia iaitu berfungsi sebagai melindungi tubuh dari kepanasan, kesejukan serta ancaman-ancaman lain. Hiasan diri pula digunakan dan dipakai sebagai pelengkap kostum dan menyerikan lagi si pemakai. Bagi masyarakat Melayu, pakaian dan hiasan diri pada asalnya lebih berfungsi sebagai simbol kedudukan dan kekuasaan seseorang dalam masyarakat. Namun fungsi pakaian dan hiasan semakin berkembang dan berubah mengikut peredaran zaman. Kini ia lebih penting sebagai bahan fesyen iaitu sesuatu yang lebih menitikberatkan daya kreatif penciptanya.
perkembangan ini menunjukkan kreativiti pereka fesyen tanah air kita yang sudah semakin berkembang. pada hari ini kita dapat lihat rekaan seprti kebaya moden, fesyen tudung juga berkembang selari dengan peredaran zaman
Tuesday, March 11, 2008
teknik-teknik zapin
Sebagai sebuah tarian persembahan, tarian Zapin terbahagi kepada 3 peringkat :
1. Peringkat pertama - permukaan tarian atau pembuka tari.
2. Peringkat kedua - pecahan atau gerak serta lenggang tari.
3. Peringkat ketiga - penutup tarian.
Zapin menumpukan pada langkahan kaki dengan posisi kaki selalu tertutup dan tidak merendah. Kebanyakan posisi badan selalu bergerak seperti ombak mengalun. Posisi tangan tidak diperlihatkan secara jelas misalnya motif memetik bunga, tangan kanan mahupun kiri berada di bawah bahu. Kebiasaannya, senikata yang dinyanyikan dalam lagu untuk tarian ini diselitkan dengan kalimat berunsur keagamaan seperti “salam” dan “assalamualaikum”, kata– kata nasihat dan pujian kepada kebesaran agama dan kesempurnaan budi pekerti.
sejarah tulisan
Tulisan yang digunakan pada permulaan ialah gambar lukisan atau torehan merupakan pelahiran secara tampak fikiran dan perasaan manusia untuk disampaikan kepada orang lain dan bentuk demikian tidak terikat dengan bahasa. Sistem tulisan ini dikenali sebagai “idea writing”. Kemudian wujud pula sistem tulisan baru yang dikenali sebagai “ideograms”. Contoh yang paling masyhur ialah sistem tulisan hieroglif Mesir yang lebih kurang 3000 tahun sebelum Masihi.
Tulisan piktogram dipakai di kalangan orang-orang Indian Amerika, orang Yukagir di Siberia dan juga dapat ditemukan di pulau Paska (Pasifik Timur). Pada suatu saat, piktogram tidak hanya menunjukkan gambar benda yang, dimaksud melainkan juga sifat-sifat benda itu atau konsep-konsep yang berhubungan dengan benda itu; misalnya dalam tulisan hieroglif di Mesir (dipakai sekitar 4000 tahun S.M).
Perkembangan selanjutnya ialah terciptanya “phonetic word script” dalam bahasa Mesir. Sistem tulisan ini menggunakan kaedah perlambangan perkataan. Misalnya “belief” dalam bahasa Inggeris, dilambangkan dengan gambar “bee” dan “leaf”.
Seterusnya tulisan semakin berkembang dengan kemunculan “alphabetic script” iaitu satu gambar yang melambangkan bunyi pertama bagi benda yang dilambangkannya. Melalui tulisan ini huruf-huruf Mesir mempunyai 24 abjad, iaitu semuanya konsonan. System tulisan ini dianggap kudus atau “scared”. System ini telah digunakan pada 3000 S.M hingga 500 S.M dan mengandungi 604 simbol yang boleh berdiri sendiri.
Orang Mesir juga mula mempunyai sistem tulisan yang menggambarkan suku kata. Orang Mesir turut menggunakan tulisan Silabis. Tulisan Silabis ini mempengaruhi sistem tulisan bangsa-bangsa lain termasuk bangsa Fenesia yang hidup di Pantai Timur Laut Tengah (sekarang disebut Libanon). Pada sekitar tahun 1500 S.M. tulisan Fenesia membuat 22 suku kata. Dalam sistem ini setiap tanda melambangkan satu konsonan diikuti oleh satu vokal.
Dalam tahun ke-10 S.M. tulisan Silabis orang Fenesia itu dipinjam oleh orang Yunani. Namun ,kerana bahasanya berlainan sifat Silabisnya akhirnya ditinggalkan dan Orang Yunani mengembangkan tulisan yang bersifat Alfabetis, iaitu dengan mengambarkan setiap konsonan dan vokal dengan satu huruf. Tulisan Yunani ini kemudian diambil alih oleh orang Romawi dan dalam abad-abad pertama Masihi tulisan Romawi atau Latin ini menyebar ke seluruh dunia dan sampai ke Kepulauan Melayu sekitar abad ke-16 bersamaan dengan penyebaran agama Kristian. Tulisan Romawi ini sampai sekarang masih dipakai.
SEJARAH TARIAN ZAPIN
Tarian Zapin Arab
Tarian Zapin Johor
Tarian Zapin Lenga
Tarian Zapin Pekan
Tarian Zapin Tenglu
Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu. Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang dan marakas.
Terdapat lima struktur dalam setiap persembahan zapin iaitu taksim (petikan gambus dimainkan secara solo bagi membenarkan penari mengambil tempat), les (pembuka tarian), ragam (gerakan tertentu untuk memasukkan pantun, kopak (paluan maruas di akhir pantun) dan wainab (pengakhiran sebuah pantun).
Tinggi disengetkan yang seringkali dipakai sewaktu persembahan turut memberi maksud si penari. Songkok tinggi lazimnya dikaitkan dengan status pegawai manakala songkok biasa merujuk kepada orang kebanyakkan
Biasanya tarian ini ditarikan secara berpasangan tanpa ada had penari dan masa kerana bergantung kepada panjang atau pendek ‘pantun’ walaupun ada masanya dipersembahkan secara solo (bagi zapin bunian).
Corak ikatan sampin yang dikenakan ialah sampin dagang luar bagi perempuan manakala sampin dagang dalam bagi lelaki. Penari wanita perlu meletakkan lebihan ikatan sampin ini di lenggannya sepanjang tarian.
Zapin bukan sekadar tarian malah ada sesetengahnya, terutama orang lama mampu melihat peribadi si teruna atau dara ketika mereka menari. Tikar tidak bersepah menandakan si teruna mampu kawal diri ketika hadapi masalah manakala si dara pula, kain diangkat hanya sedikit menunjukkan dia pandai menjaga maruah.
Wednesday, March 5, 2008
SASTERA
Cemburu
Tuesday, March 4, 2008
mesti miliki buku ini
Dari berbagai-bagai pelosok dunia Melayu dalam linkungan lautan dan kepulauan di Selat Melaka, Selat Karimata, Selat Makassar, Laut Cina Selatan, Laut Sulu, Laut Sulawesi dan Laut Jawa, telah dikumpulkan sejumlah dua puluh satu buah makalah mengenai Zapin dan seni yang berkaitan dengannya di dalam sebuah penerbitan yang digelar sebagai Zapin Melayu di Nusantara.
Kesemua karangan yang dimuatkan ke dalam naskah ini pada amnya membicarakan kesenian Zapin Melayu dari empat sudut pendekatan yakni dari sudut imej dan identiti, unsur falsafah di dalam kesenian Zapin, ulasan dari sudut struktur persembahan dan mengenai diaspora Zapin Melayu di Nusantara. Setiap karangan yang telah dihasilkan oleh pakar-pakar tari, muzik, sejarah, sastera, falsafah dan sahsiah kesenian Zapin Melayu merupakan kupasan dan nukilan yang cukup bermakna bagi peminat dan pengemar Zapin Melayu di Nusantara pada amnya dan di Negeri Johor Darul Takzim pada khususnya. Penulisan-penulisan tersebut bukan sahaja cuba mendedahkan rahsia dan cerita mengenai Zapin Melayu secara etnografik, saintifik dan holistik, tetapi lebih jauh dari itu, ianya juga merupakan usaha penceritaan yang bersifat emic dan etnosentrik.
Wednesday, February 27, 2008
kategori tarian
Apabila kita menyebut tarian tradisional Melayu, semua orang menyangkakan bahawa semua jenis tarian adalah di bawah satu kategori yang sama. Tetapi tau tak sebenarnya tarian tradisional Melayu terbahagi kepada tiga kategori iaitu tarian istana, dramatari, tarian moden dan tarian rakyat.