Tuesday, March 11, 2008


Info Zapin

Terdapat lima struktur dalam setiap persembahan zapin iaitu taksim (petikan gambus dimainkan secara solo bagi membenarkan penari mengambil tempat), les (pembuka tarian), ragam (gerakan tertentu untuk memasukkan pantun, kopak (paluan maruas di akhir pantun) dan wainab (pengakhiran sebuah pantun).


Tinggi disengetkan yang seringkali dipakai sewaktu persembahan turut memberi maksud si penari. Songkok tinggi lazimnya dikaitkan dengan status pegawai manakala songkok biasa merujuk kepada orang kebanyakkan

Biasanya tarian ini ditarikan secara berpasangan tanpa ada had penari dan masa kerana bergantung kepada panjang atau pendek ‘pantun’ walaupun ada masanya dipersembahkan secara solo (bagi zapin bunian).

Corak ikatan sampin yang dikenakan ialah sampin dagang luar bagi perempuan manakala sampin dagang dalam bagi lelaki. Penari wanita perlu meletakkan lebihan ikatan sampin ini di lenggannya sepanjang tarian.


Zapin bukan sekadar tarian malah ada sesetengahnya, terutama orang lama mampu melihat peribadi si teruna atau dara ketika mereka menari. Tikar tidak bersepah menandakan si teruna mampu kawal diri ketika hadapi masalah manakala si dara pula, kain diangkat hanya sedikit menunjukkan dia pandai menjaga maruah.

2 comments:

udean said...

menurut dr mohd anis md nor didalam buku ZAPIN FOLK DANCE OF THE MALAY WORLD... ade 3 bahagian iaitu taksim section, main dance section dan wainab section...

farid said...

ada tiga bahagian penting dalam tarian zapin: 1 taksim, 2 ragam dan kopak, 3 wainab